Anda agent LG Subscribe dan nak 1 website landing page yang ringkas tetapi penuh dengan maklumat produk-produk dari LG supaya mudah untuk share kepada bakal pelanggan?
Ya, anda berada di tempat yang betul!
5 Kelebihan ada landing page ini:
Short-cut untuk belajar semua produk-produk LG Subscribe
Ya, produk LG memang sangat banyak dan sebagai agent, perlu well-versed tentang produk-produk LG, supaya
apabila ditanya oleh bakal pelanggan, anda boleh jawab dengan baik.
Landing Page ini dah lengkap dengan
semua maklumat-maklumat produk LG Subscribe yang diambil terus dari
website rasmi LG. Dan, akan dikemaskini dari semasa ke semasa
mengikut produk yang masih available atau mungkin sudah discontinued / obsolete.
Mudah rujuk harga
Produk pun sudah banyak, sudah tentu harga juga ada banyak pakej dan sebagai agent, kita perlu tahu harga-harga
produk LG dengan cemerlang.
Tak kan lah setiap kali pelanggan tanya, baru nak semak di aplikasi OSMS
atau tanya di group whatsapp atau telegram. Leceh tu!
Mudah nak share pada bakal pelanggan
Pelanggan sukakan respon yang pantas dan pada ketika mereka tanya kepada anda tentang produk-produk LG,
mungkin anda sedang sibuk, sedang appointment, sedang memandu atau apa saja kekangan, kerana sebahagian
besar agent hanya melakukan kerjaya ini sebagai part-time. Bermaksud, anda ada kerja hakiki yang lain.
Jadi, dengan adanya landing page ini, jangan ignore
mesej bakal pelanggan dalam tempoh masa yang lama. Respon dan bagi dulu link anda untuk bakal pelanggan
survey atau buat pilihan model yang sesuai dengan mereka. Dan anda follow-up semula mereka
di waktu lapang anda.
Boleh masukkan link dalam business card
Sebagai agent, anda akan kelihatan lebih professional jika ada business card. Jadi, letakkan link
landing page ini dalam business card anda supaya anda boleh bertukar-tukar business card dengan
bakal pelanggan ketika sedang buat presentation atau ketika anda sedang buat aktiviti direct-approach
dari meja ke meja di tempat awam.
Bayaran yang murah
Kos termasuk upah buat website yang basic dengan hanya ada 5 pages adalah antara
RM650 – RM1,000. Tapi, untuk produk LG yang mempunyai lebih 20 produk, pasti kos dan upah buat website itu
easily mencecah RM1,500 dan ke atas kerana melibatkan banyak pages dan banyak masa diperlukan
untuk menyiapkannya.
Jadi, tak perlu spend banyak duit untuk ini. Cukuplah sekadar serendah RM100 seperti landing page ini,
kerana apa yang lebih utama adalah mencari sales dan landing page ini boleh membantu
anda membuat penerangan kepada bakal pelanggan dengan lebih mudah, sambil mereka buat pilihan yang
bersesuaian dengan gayahidup dan budget mereka.
Ciri-ciri landing page ini:
1/ Nama domain yang pendek dan mudah diingati dan diikuti dengan nama anda:
2/ Rujuk gambar di atas, anda boleh masukkan gambar anda paling handsome atau paling cantik sebagai
gambar profile di sebelah kiri atas. Gambar ini boleh membantu bakal pelanggan mengenali wajah
agent mereka dan seterusnya bina trust untuk membeli dengan anda.
Selain itu juga, tertera nama anda di bahagian tengah dan button whatsapp di sebelah
kanan bagi memudahkan bakal pelanggan menghubungi anda.
Di bahagian bawah gambar profile, terdapat 2 button share ke whatsapp / telegram
bagi memudahkan bakal pelanggan atau anda sendiri share kepada sesiapa sahaja.
3/Scroll ke bawah sikit akan tertera senarai produk-produk LG Subscribe mengikut
kategori yang dimulai dengan senarai penulen air (water purifier).
Tercatat features ringkas dan maklumat harga rental dan outright untuk memudahkan
pemilihan.
Kemudian, untuk info penuh tentang produk tersebut, boleh tekan button Product Info.
Button whatsapp juga disediakan supaya bakal pelanggan boleh terus whatsapp anda untuk membeli
atau mungkin ada pertanyaan lanjut tentang produk yang diminati.
4/ Selepas tekan button Product Info bakal pelanggan akan dibawa ke page lain yang
menerangkan lebih terperinci tentang produk LG tersebut.
Segala ciri-ciri produk dihuraikan lagi dengan bahasa yang mudah difahami dan disertakan pelbagai gambar dan
video bagi membantu bakal pelanggan memahami lebih lanjut. Spesifikasi produk dan harga juga disertakan.
Untuk kembali ke landing page anda, tekan < Back button di atas kiri atau back
button di smartphone anda.
5/ Di bahagian bawah landing page milik anda, ada button Agent yang apabila di tekan akan
dibawa ke bahagian maklumat diri anda selaku agent LG Subscribe.
Maklumat ringkas tentang diri anda seperti gambar profile pada skala lebih besar, nama penuh anda,
button untuk ke page media sosial anda, agent ID, serta bio ringkas tentang diri anda turut disertakan. Ini
semua boleh membantu bina trust kepada bakal pelanggan untuk membeli daripada anda.
6/Scroll ke bawah lagi, terdapat button whatsapp sekiranya ada yang berminat untuk jadi
agent LG Subscribe di bawah anda. Secara tak langsung, ia membuka ruang recruitment
untuk anda bagi mencapai hierarki lebih tinggi.
Turut disediakan juga adalah ruangan untuk agent LG sedia ada yang berminat untuk dapatkan website /
landing page seperti anda. Button order terus ke admin, dengan rujukan dari link anda. Komisen refferal
akan diberikan kepada anda sebanyak 25% dari harga pakej yang diambil oleh agent tersebut.
7/ Nama agent yang melanggan e-flyer ini juga akan diasingkan mengikut negeri pada laman utama
(klik button Home di atas), supaya memudahkan untuk bakal pelanggan menghubungi atau berjumpa dengan
anda sekiranya mahu face-to-face dengan agent.
Kami juga, dari semasa ke semasa akan bantu promosi website LG-2u.com ini, secara keseluruhannya, untuk turut
membantu agent-agent yang melanggan e-flyer ini mendapatkan sales.
CONTOH LINK:
Link e-flyer dalam format seperti ini:
LG-2u.com/namaanda
Komisyen referral 25% dari harga pakej apabila ada belian landing page dari link anda
SOALAN LAZIM
Apakah ini?
e-Flyer dalam bentuk website yang mengandungi info-info produk LG PuriCareTM dengan nama
domain https://LG-2u.com dan diikuti dengan nama agent (contoh: LG-2u.com/namaagent)
Boleh share kepada ramai orang?
Anda bebas untuk share link anda kepada sesiapa sahaja tanpa perlu risau website jammed kerana
website ini mampu untuk tampung jumlah traffic yang tinggi pada satu-satu masa. But, please
jangan spam sebarangan. Ia akan merugikan semua orang.
Berapa bayaran?
Pakej bayaran boleh rujuk seperti di atas dengan serendah RM60 untuk tempoh 3 bulan atau yang lebih berbaloi
adalah bayaran untuk 1 tahun (12 bulan) dengan penjimatan 3 bulan (RM240 RM180)
Bagaimana nak buat bayaran?
Tekan button pada ruangan harga di atas dan buat bayaran secara online melalui FPX Toyyibpay.
Kenapa ada tempoh beberapa bulan/ tahun?
Sebahagian besar bayaran ini adalah untuk sama-sama tanggung kos maintenance di belakang tabir yang
kebanyakannya dalam currency USD.
Juga, adalah sebagai indicator kepada kami untuk tapis agent yang masih aktif atau sudah tidak aktif
lagi. Agent yang masih aktif, ada potensi untuk renew langganan website ini dan agent yang sudah tidak
aktif, pastinya tidak akan renew. Jadi, link mereka yang sudah tidak aktif boleh dihapuskan selepas tamat beberapa hari.
Berapa komisyen referral?
Komisyen referral adalah 25% dari mana-mana pakej, sebagai tanda terima kasih kami kerana tolong promosi. Pembayaran komisyen akan masuk bank agent dalam masa 3 – 7 hari bekerja, selepas ada pembelian.